Usahawan Iqbal Zulkefli berkata dia memilih untuk tidak hadir majlis perkahwinan bekas kekasihnya, Datuk Seri Vida jika menerima jemputan.
Memetik mStar Online, Iqbal berkata dia tumpang gembira bekas kekasihnya itu dilamar namun dia tidak mahu hadir bagi mengelakkan kehadirannya mengimbau kembali kisah silam.
Baca juga: BERSAMA tolak politik identiti dibawa UMNO-PAS, DAP – Rafizi
BACA: “Macam Ada Terowong, Makin Luas” – Iqbal Zulkefli Tak Menyesal ‘Buat’ Hidung
Menurut Iqbal lagi, dia tiada mempunyai masalah bertemu dengan Datuk Fazley Yaakob jika terserempak di mana-mana majlis.
“Saya rasa saya tidak akan hadir ke majlis tersebut. Bagaimana saya hendak hadir sedangkan kehadiran saya mungkin menimbulkan pelbagai cerita dan persoalan? Apakah tujuan saya datang ke majlis itu?
“Mengenai Datuk Seri Vida pula, saya rasa saya sudah meletakkan batasan. Walaupun jika kami menghadiri majlis televisyen atau acara tertentu, sudah tentu kami akan bertemu. Sebenarnya, saya tidak mempunyai masalah dengan perkara itu,” katanya.
Sementara itu, Iqbal turut menyifatkan Fazley seorang yang baik serta menganggap sebagai idolanya. Malah, Iqbal turut mendoakan kebahagiaan Vida dan Fazley.
“Saya juga mengenali Datuk Fazley. Beliau seorang yang sangat baik, yang saya fahami dan segani. Beliau juga merupakan idola saya.
“Sebagai seorang manusia, saya mendoakan kebahagiaan mereka dan berharap agar perkara yang pernah berlaku sebelum ini tidak berulang lagi. Semoga kali ini mereka benar-benar mengecapi kebahagiaan,” katanya.
Sumber: mStar Online