Isu Jenazah Ditahan Lebih Sejam: Waris Si Mati Buat Laporan Polis, Nafi Dakwaan JAIS

Isu Jenazah Ditahan Lebih Sejam: Waris Si Mati Buat Laporan Polis, Nafi Dakwaan JAIS

Trending

Waris jenazah mendakwa JAIS membuat tiga tuduhan tidak masuk akal.


Isu kelewatan pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana nampaknya belum reda apabila pihak waris tampil membuat laporan polis selepas kenyataan media dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

BACA: Isu Jenazah Dibiarkan Lebih Sejam Di Liang Lahad, JAIS Beri Penjelasan

Menerusi beberapa hantaran di Facebook Mr Wan Cai Official, pihak waris didakwa menafikan beberapa dakwaan dalam kenyataan JAIS dan akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan kronologi sebenar kejadian.

Waris buat laporan polis

mr wan cai official

Dimaklumkan, laporan polis dibuat oleh waris susulan tiga pertuduhan JAIS yang disifatkan tidak masuk akal.

JAIS

Menurut perkongsian itu, pihak waris dijangka mengadakan sidang media bagi menceritakan kronologi kejadian sebenar, selain menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh JAIS.

Dakwa kenyataan JAIS bersifat fitnah

jais

Menerusi gambar laporan polis yang turut dikongsikan, pengadu mendakwa terlihat kenyataan media daripada Facebook rasmi JAIS pada 27 Jun 2026 sekitar jam 4.34 petang.

Dalam laporan itu, pengadu mendakwa kenyataan media berkenaan mengaitkan datuk si mati dengan dakwaan berkeras mahu jenazah diuruskan oleh Badan Kebajikan Salatul Rahim (BKS).

Pengadu bagaimanapun menafikan perkara tersebut dan menyifatkan dakwaan dalam kenyataan media itu sebagai fitnah serta berniat jahat terhadap dirinya.

JAIS

Berdasarkan laporan polis yang dikongsikan, pengadu turut mendakwa dia tidak pernah berurusan dengan pihak Masjid Nurul Hidayah dan ketika kejadian, dia berada bersama jenazah cucu perempuannya.

Pengadu juga memaklumkan laporan itu dirujuk kepada pihak berkaitan bagi tujuan siasatan dan tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa memfitnah dirinya serta keluarga.

Sidang media akan diadakan

Dalam perkembangan sama, Mr Wan Cai Official turut memaklumkan satu sidang media bersama waris dan wakil BKS akan diadakan pada 28 Jun 2026, jam 2.30 petang.

mr wan cai official

Menurut hantaran itu, siaran langsung juga akan dibuat sepanjang sidang media berlangsung.

Dakwa Mr Wan Cai Official lagi, isu sebenar bukanlah berkaitan pengurusan jenazah semata-mata, sebaliknya didakwa berpunca daripada pertelingkahan membabitkan pihak tertentu dengan BKS.

Beliau juga mendakwa sudah meneliti laporan polis, kronologi waktu kejadian dan beberapa saksi sebelum menyatakan pihak keluarga serta BKS akan meneruskan perkara itu ke peringkat undang-undang.

Terdahulu, JAIS dalam kenyataan media menafikan pihak masjid menjadi punca kelewatan urusan pengebumian jenazah dan menjelaskan kelewatan berlaku disebabkan kekeliruan pihak waris yang menyerahkan urusan kepada BKS yang didakwa tiada hubungan dengan pihak masjid.

Pssttt! Semoga sidang media yang bakal diadakan dapat menjelaskan keadaan sebenar dan semua pihak diberi ruang untuk tampil dengan bukti masing-masing. Apa pun yang berlaku, urusan jenazah sepatutnya dipermudahkan, bukan menjadi punca pertelingkahan yang memanjangkan duka keluarga.

Kredit: Facebook Mr Wan Cai Official
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top