“Jagalah Nama Baik YB” – Netizen Kecam Lihat ‘Prank’ Hari Jadi Keluarga Bella Astillah 

“Jagalah Nama Baik YB” – Netizen Kecam Lihat ‘Prank’ Hari Jadi Keluarga Bella Astillah 

Baru-baru ini, kejutan hari lahir ibu kepada Bella Astillah dan Didi Astillah menjadi bualan ramai di media sosial apabila ramai memberikan reaksi berbeza.

Menerusi laman Threads, ramai yang memuat naik semula video ‘prank’ tersebut memaparkan Didi bertikam. lidah dengan pelayan restroran dikunjungi mereka. Turut kelihatan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sedang makan bersama keluarga tunangnya.

BACA: Netizen Tegur Pemakaian Bella, Abang Syed Saddiq Respon “Leave Her Alone” 

Dalam video berkenaan, kelihatan Syed Saddiq cuba meleraikan kekecohan antara Didi dan pelayan restoran tersebut serta keliru apabila mereka mengatakan ia hanya prank untuk kejutan hari lahir ibu tunangnya.

Apa yang menjadi perhatian ramai yang memuji tindakan ibu mereka iaitu Eina Astillah yang memarahi Didi susulan kekecohan berkenaan.

Bagaimanapun, ada yang mengecam serta meluahkan rasa kurang senang dengan ‘prank’ tersebut apatah lagi status Syed Saddiq sebagai ahli politik dan perlu menjaga nama baiknya.


Scroll to Top