Jawab Teka Teki Peminat, Nur Fazura & Fatima Tampil Sebagai ‘Kejutan Terakhir’ Eksklusif!

Jawab Teka Teki Peminat, Nur Fazura & Fatima Tampil Sebagai ‘Kejutan Terakhir’ Eksklusif!

Aktres dan usahawan terkenal, Nur Fazura diumumkan sebagai rakan kolaborasi eksklusif untuk Koleksi Raya 2026 oleh jenama tekstil dan fesyen, Jakel.

Pengumuman itu dibuat pada acara pertunjukan fesyen Jakel Fenomena Raya 2026 yang berlangsung sebentar tadi, sekali gus menceriakan suasana dan mencetuskan keterujaan dalam kalangan tetamu yang hadir.

Perkara itu juga menjawab teka-teki peminat selepas jenama itu memuat naik ‘teaser’ di media sosial, semalam, yang merujuk kepada ‘kejutan terakhir’ serta menampilkan kelibat seorang wanita tanpa mendedahkan identiti.

Kerjasama khas bersama Fazura yang juga usahawan menjadi antara tumpuan utama acara berkenaan.

Fazura, dalam ucapan sempena pengumuman kolaborasi itu, menyifatkan peluang tersebut sebagai satu penghargaan besar dan mengakui teruja untuk terlibat secara lebih dekat dalam penghasilan koleksi yang bakal dipersembahkan kepada peminat fesyen tanah air.

Difahamkan, kolaborasi ini bukan pelantikan sebagai duta, sebaliknya kerjasama eksklusif khas untuk jenama terbabit, sekali gus mencetuskan fenomena serta perhatian dalam kalangan peminat dan pemerhati industri fesyen.

Pertunjukan fesyen itu turut diserikan dengan kehadiran barisan duta utama lain yang terdiri daripada selebriti dan personaliti popular seperti Nabil Ahmad dan keluarga, Achey dan keluarga, Senario, Cik Epal dan Ammar, Elly Mazlein, Kamal Adli serta Que Haidar.

Dalam masa sama, jenama itu turut memperkenalkan barisan duta Gen Z sebagai usaha mendekati generasi muda dan pelanggan baharu. Antara nama yang diketengahkan ialah Lorenzo Irmann, Arabella Ellen, Zarif Ghazi dan Bella Dowanna.

Kesemua duta tampil memperagakan koleksi Raya 2026 yang menampilkan rekaan elegan, kontemporari dan versatil, sesuai digayakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Jenama turut mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kali dalam tempoh lebih 40 tahun penubuhannya, jenama itu menganjurkan pertunjukan fesyen berskala besar.

Scroll to Top