Datuk Seri Mukhriz Mahathir berpendapat adalah lebih baik jika bapanya iaitu Tun Dr Mahathir untuk berada di Institut Jantung Negara sehingga keadaannya benar-benar pulih.
Memetik Astro Awanai, Mukhriz berkata seandai bapanya berada dirumah sudah pasti akan mengingatkan kepada Allahyarhamah Tun Dr Hasmah.
BACA: Hampir 40 Jam Bertugas, Dr Iskandar Anggap Penat Jaga Tun Mahathir Berbaloi
“Saya kira kalau duduk di rumah pun, setiap benda yang beliau pandang akan mengingatkan beliau kepada arwah bonda. Jadi mungkin lebih baik beliau berada di IJN dahulu sehingga betul-betul pulih.
“Hari ini pun beliau sudah pergi menziarahi pusara Allahyarham dan itu satu perkembangan yang baik,” katanya.
Sementara itu, Mukhriz turut meminta kepada orang ramai agar memberi ruang kepada Tun M yang kehilangan teman hidup selepas 70 tahun bersama.
“Tun Mahathir seperti mana yang kita boleh lihat, belum sampai seminggu menghadapi pemergian isteri kesayangan beliau yang telah bersama selama 70 tahun. Tentu akan mengambil masa untuk beliau betul-betul menerima hakikat bahawa Allahyarham bonda sudah tidak bersama kita lagi.
“Saya rasa apa yang berlaku sekarang sedikit sebanyak merupakan manifestasi kepada keadaan emosi dan kesihatan beliau,” katanya.
Sumber: Astro Awani




