LATEST
National

“Kali Kedua Saya Menangis” – Izzue Islam Sebak Achey Bakal Dapat Anak, Semangat Untuk Terus Berusaha

“Kali Kedua Saya Menangis” – Izzue Islam Sebak Achey Bakal Dapat Anak, Semangat Untuk Terus Berusaha

Intipati Berita

  • Izzue Islam mengaku menangis dua kali kerana gembira apabila mengetahui Achey dan isteri bakal menimang cahaya mata selepas 15 tahun menanti.
  • Berita itu menyuntik semangat Izzue dan isteri, Awin Nurin, yang sudah 13 tahun berkahwin, untuk terus berusaha mendapatkan zuriat.
  • Izzue menegaskan dia dan isteri tidak pernah berputus asa, tetapi reda dengan apa jua ketentuan.

Pelakon dan penyanyi Izzue Islam mengakui dia menitiskan air mata kegembiraan sebanyak dua kali apabila mengetahui sahabat baiknya, pelawak Achey dan isteri, Anne, bakal menimang cahaya mata selepas 15 tahun menanti.

Baca juga: Faizal bakar semangat Speedy Tigers

Menurut Izzue, 36, khabar gembira itu bukan sahaja membuatkan dia dan isterinya, Awin Nurin, sebak, malah menyuntik semangat buat mereka untuk terus berikhtiar mendapatkan zuriat.

Sudah tentu apabila melihat sahabat saya, Achey dan Anne mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata dan bergelar ibu bapa tidak lama lagi, saya sangat gembira. Ketika mereka membuat pengumuman itu, sebenarnya sudah kali kedua saya menangis dan kali kedua saya meraikan kegembiraan tersebut.

Achey buat kejutan di rumah

Izzue berkongsi bahawa Achey dan Anne telah memberitahu mereka lebih awal, sebelum berita itu diumumkan kepada umum.

Mereka datang ke rumah untuk membuat kejutan dengan berpura-pura mahu menghantar kuih bahulu atau makanan. Kemudian mereka menunjukkan sesuatu kepada Awin dan selepas itu mereka berdua menangis.

Saya pun tertanya-tanya apa benda ini dan kenapa menangis, namun apabila memeluk Awin serta melihat apa yang ditunjukkan menerusi telefon, barulah kami tahu.

Izzue berkata demikian kepada mStar ketika ditemui di majlis watch party drama Suamiku Anak Mak di Bukit Jalil.

“Berdua pun okey, ada zuriat pun okey” – Izzue Islam

Mengulas tentang penantiannya sendiri yang kini memasuki tahun ke-13 perkahwinan, Izzue menyifatkan kisah Achey sebagai bukti bahawa tiada perkara yang mustahil.

Dia menegaskan bahawa dia dan isteri tidak pernah berputus asa untuk terus berusaha, namun dalam masa yang sama reda dengan apa jua ketentuan.

Kalau ada rezeki untuk Izzue dan Awin, mana tahu, kan? Tetapi usaha tetap perlu dilakukan. Kami tidak pernah berhenti berusaha dan tidak pernah berhenti berdoa. Yalah, 13 tahun itu satu tempoh yang lama tetapi sahabat kita, Achey selepas 15 tahun pun Allah rezekikan.

Kalau tiada, maknanya Allah mahu saya hanya berdua dengan Awin. Tetapi bagi saya semuanya okey, berdua pun okey dan kalau ada zuriat pun okey.

Untuk rekod, Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

The post “Kali Kedua Saya Menangis” – Izzue Islam Sebak Achey Bakal Dapat Anak, Semangat Untuk Terus Berusaha appeared first on Oh! Media.

More in National

View all

Latest news