am@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Identiti mangsa keemapat yang maut dalam kemalangan di Jalan Sepanggar, Sepanggar, 2.30 pagi hari ini sudah dikenal pasti.
Mangsa keempat dikenal pasti sebagai Junior Allyson Julius, 20.
Tiga lagi mangsa yang meniggal dunia adalah Ryanniel Robin, 23, Nicholas Thomas, 24, dan Axelord Nigel Alexander, 21.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, siasatan awal mendapati, Perodua Viva dipandu Ryanniel itu dalam perjalanan dari arah Sepanggar ke Indah Permai.
Katanya, tiba di lokasi kejadian, kereta itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh sebuah lori serta Perodua Aruz.
“Akibatnya, lori itu terdorong ke hadapan lalu menghimpit sebuah van. Seterusnya, van berkenaan terlanggar Proton X50.
“Keempat-empat mangsa yang tersepit di dalam Perodua Viva kemudiannya dikeluarkan anggota bomba.
“Kesemua mangsa disahkan mati di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Likas,” katanya pada kenyataan, hari ini.
Mayat dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




