LATEST
National

‘Sebelum bercakap, tolong guna otak, fahami sensitiviti orang Islam’ – Dr Akmal bidas kenyataan MP Kota Melaka

‘Sebelum bercakap, tolong guna otak, fahami sensitiviti orang Islam’ – Dr Akmal bidas kenyataan MP Kota Melaka

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh, membidas kenyataan Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, yang seolah-olah menggambarkan penutupan sementara premis perniagaan di Terengganu bagi memberi laluan untuk solat Jumaat memberi kesan kepada perniagaan komuniti bukan Islam.

Baca juga: Zahnita Wilson Pandai Masak, Suami Akui Berat Badan Turut Naik

Dr Muhamad Akmal yang juga EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka berkata, kira-kira 97 peratus rakyat Terengganu beragama Islam dan tempoh penutupan selama dua jam bermula 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang setiap Jumaat adalah bagi membolehkan pekerja Muslim menunaikan solat Jumaat.

“Solat Jumaat adalah wajib kepada lelaki beragama Islam yang ditunaikan antara jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang.

“Tempoh ini tidak lama dan tujuannya untuk beri kebenaran untuk solat Jumaat, bukannya bagi rehat serta tidur,” katanya menerusi hantaran video di media sosialnya, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, polisi dikeluarkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) itu hanya tertakluk kepada premis perniagaan orang Islam.

“Premis bukan Islam yang tiada pekerja Islam tidak ada masalah untuk meneruskan operasi sepanjang tempoh terbabit.

“Sebelum kamu nak bercakap, tolong guna otak dan fahami sensitiviti orang Islam.

“Sebagai Ahli Parlimen, kamu patut tahu kenapa sepanjang tempoh itu premis perniagaan masyarakat Muslim tutup (sementara).

“Jadi kepada rakyat Malaysia, ini adalah perangai sebenar pemimpin DAP.

“Sama-sama kita fikirkan dan zahirkan nanti di atas kertas undi,” katanya.

Terdahulu, Poay Tiong yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka membangkitkan kebimbangan mengenai arahan penutupan premis antara jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang setiap hari Jumaat.

Beliau mendakwa pelaksanaan peraturan secara menyeluruh boleh menjejaskan kebebasan berniaga dan gaya hidup masyarakat bukan Islam.

Susulan itu, Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH), Young Syefura Othman, dilaporkan menyelar tindakan Poay Tiong yang mempersoalkan arahan MBKT mewajibkan semua premis perniagaan menghentikan operasi selama dua jam setiap Jumaat.

Bagaimanapun, Poay Tiong menegaskan beliau tidak berniat menyentuh sensitiviti atau memperlekehkan amalan agama mana-mana pihak berhubung kenyataan itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news