Kerajaan Persekutuan kekal iktiraf Tuanku Muhriz, pemasyhuran di hotel jejas imej institusi Raja – PM Anwar

Kerajaan Persekutuan kekal iktiraf Tuanku Muhriz, pemasyhuran di hotel jejas imej institusi Raja – PM Anwar

Kerajaan Persekutuan kekal mengiktiraf dan akan terus berkhidmat kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, pendirian rasmi kerajaan itu dibuat mengikut saluran perundangan dan Perlembagaan, meskipun wujud usaha memasyhurkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar untuk menggantikan Tuanku Muhriz.

Menurutnya, sebarang pandangan atau tindakan berhubung isu tersebut perlu dibuat melalui saluran sah bagi mengelakkan kekeliruan serta keresahan dalam kalangan rakyat.

Beliau turut menegaskan, sebarang langkah menggugurkan atau memansuhkan mana-mana institusi raja akan memberi implikasi besar terhadap negara serta kestabilan dan keamanan tanah air.

“Krisis di Negeri Sembilan tentunya sedikit menggusarkan kerana institusi Raja ada peraturan, kaedah dan cara kemuliaannya. Jika digugat begini rupa, ia mesej yang sangat tidak baik. Saya tidak menafikan hak sesiapa ikut saluran undang-undang dan perlembagaan negeri tetapi hujah harus kuat.

“Sebab ini kita pandang berat dan saya sudah memberi pandangan ini kepada pihak berkenaan.
“Kita harus ikut saluran mahkamah yang buat keputusan tadi dan dan kita juga sudah beri nasihat tetapi diteruskan pengisytiharan di hotel yang saya fikir juga tidak menjejaskan juga imej dan identiti Raja ditabalkan di pekarangan hotel,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Meranti, hari ini.

Anwar menambah, kerajaan sentiasa menasihati semua pihak agar menghormati proses perundangan dan tidak mengambil tindakan yang boleh mencetuskan kekeliruan institusi serta masyarakat.

Sumber: Buletin TV3

Scroll to Top