Lepas Beri Bayangan Punca Cerai, Linda Jasmine Kunci Mulut

Lepas Beri Bayangan Punca Cerai, Linda Jasmine Kunci Mulut

Guru tari profesional, Linda Jasmine memilih kunci mulut selepas hangat diperkatakan dakwaan memberi bayangan mengenai perpisahannya dengan bekas suami, Que Haidar.

Memetik mStar Online, Linda berkata fokusnya kini adalah pada anaknya, Tengku Ratu Haida yang menyertai program Talk To My Manager 2 (TTMM2).

BACA: “Suamiku Gay” – Repost Linda Jasmine Jadi Perhatian

“Tak apa, tak ada komen apa-apa. Just pasal Talk To My Manager saja,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya adakah bekas suaminya hadir memberikan sokongan buat anak mereka, Linda berkata dia tidak tahu dan enggan mengulas lanjut.

“Saya tak tahu, no comment,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Linda seolah memberi bayangan punca dia bercerai dengan Que Haidar.

Menjawab komen daripada seorang individu di TikTok, Linda berkata dia melindungi anak-anak daripada perkara jahat dan disebabkan itu dia berpisah.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top