“Masih Solo, Saya Bahagia Dengan Kehidupan Sekarang” 

“Masih Solo, Saya Bahagia Dengan Kehidupan Sekarang” 

Pelakon Zulin Aziz berkata selepas berpisah dengan bekas suami pada tahun lalu dia tidak terburu-buru untuk mencari pengganti dan bahagia dengan kehidupan solonya.

Memetik Utusan, Zulin berkata fokus utamanya kini adalah pada diri sendiri, keluarga dan kerjaya namun menerima dengan hati terbuka seandainya bertemu jodoh.

BACA: Zulin Aziz Sah Bercerai 18 Disember Lalu

“Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan sekarang dan percaya setiap perkara ada waktunya. Kalau ada jodoh, insya-Allah saya terima dengan hati terbuka tetapi buat masa ini saya lebih fokus pada keluarga, kerjaya, dan diri sendiri,” katanya.

Sementara itu, Zulin berkata di usia sekarang dia mencari pasangan yang boleh membawa ke arah ketenangan dan tidak hanya sekadar bahagia.

“Bila usia sudah semakin matang, kita bukan lagi mencari seseorang yang sekadar membuatkan kita bahagia. Kita mencari seseorang yang membawa ketenangan dan boleh sama-sama membina masa depan,” katanya.

Untuk rekod, Zulin mendirikan rumah tangga dengan Farhan pada Februari 2022, namun pasangan itu sah bercerai 18 Disember tahun lalu.

Sumber: Utusan Online


Scroll to Top