sukan@hmetro.com.my
Seremban: Menjaringkan lapan gol dalam 15 penampilan membuatkan pemain import Negeri Sembilan FC (NSFC) Jovan Motika mendapat perhatian beberapa kelab tempatan dalam menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025/2026.
Bagaimanapun, pemain sayap berasal dari Bosnia-Herzegovina berusia 27 tahun itu tidak bercadang untuk menukar pasukan lain ketika ini, sebaliknya kekal bersama skuad Hobin Jang Hobin bagi meneruskan baki saingan Liga-M musim ini.
Baginya, buat masa ini dia mahu memberikan fokus kepada Negeri Sembilan FC dan mempunyai keinginan tinggi untuk membantu pasukan itu merealisasikan sasaran ditetapkan bagi musim ini.
“Ini kelab yang semua pihak tahu peranan masing-masing, dari jurulatih senior kepada pemain muda yang sentiasa mahu berkembang dan maju ke depan.
“Saya sesuai dan selesa dengan keadaan di sini (bersama Negeri Sembilan FC), jadi saya mahu meneruskan khidmat di sini dan ingin mengembangkan lagi kebolehan untuk mencapai yang terbaik pada musim ini.
“Saya ingin menikmati bola sepak dengan sebaiknya dan mahu berikan yang terbaik kepada pasukan ini kerana percaya perkara-perkara lain pasti akan tiba juga selepas ini. Setakat ini saya belum puas lagi,” katanya Motika hari ini.
Prestasi terbaik dipamerkan Motika sejak awal liga membuatkan beberapa kelab seperti Selangor FC dan dari Indonesia dan Thailand dilaporkan menunjukkan minat mendapatkan khidmat pemain terbabit.
© New Straits Times Press (M) Bhd




