Onn Hafiz dakwa telefon pintar miliknya jadi sasaran perisian pengintip

Onn Hafiz dakwa telefon pintar miliknya jadi sasaran perisian pengintip

am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi akan membuat laporan polis dan mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selepas mendakwa terdapat cubaan serangan perisian pengintip terhadap telefon pintar yang dikaitkan dengan akaun peribadinya.

Beliau dalam kenyataannya berkata, laporan polis dan aduan itu akan dibuat bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan serta tindakan sewajarnya diambil mengikut undang-undang.

“Saya baru menerima notifikasi amaran daripada pihak Apple berhubung cubaan serangan perisian pengintip atau mercenary spyware terhadap telefon pintar yang dikaitkan dengan akaun peribadi saya.

“Saya memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan keselamatan data, kerahsiaan komunikasi, hak peribadi serta cubaan pencerobohan terhadap ruang peribadi seseorang,” katanya.

Beliau mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk pengintipan, pencerobohan digital dan penyalahgunaan teknologi untuk tujuan yang tidak bertanggungjawab.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top