Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan menampilkan seorang tokoh berprofil teknokrat sebagai calon Perdana Menteri.

Baca juga: Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Najib perlu dinyahklasifikasi -Saifuddin Nasution
Foto arkib: Bernama
Menurut laporan Utusan Malaysia, cadangan daripada Pemuda PAS yang menamakan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi jawatan itu setakat ini hanyalah bersifat cadangan.
“Itu masih cadangan. Apa yang penting kita nak pilih seorang teknorat yang diterima oleh semua pihak yang mengendalikan urusan rakyat.
“Insya-Allah Perdana Menteri tidak jadi Menteri Kewangan,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di Marang, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas ditanya syor Pemuda PAS agar Ahmad Samsuri atau Dr Sam yang baru dilantik sebagai Pengerusi PN baharu sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.
Foto arkib: Bernama