LATEST

Risikan dadah TUDM sejak Januari – Saifuddin Nasution

Risikan dadah TUDM sejak Januari – Saifuddin Nasution

KULIM – Risikan berhubung kegiatan penyeludupan dadah membabitkan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah dijalankan sejak Januari lalu sebelum membawa kepada operasi tangkapan baru-baru ini.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, risikan berterusan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu semakin meyakinkan pada Julai sebelum menjalinkan kerjasama dengan TUDM.Menurutnya, kerjasama itu dilakukan selepas polis mengenal pasti lokasi dan kawasan operasi yang digunakan pihak terbabit selain mengambil kira kegiatan berkenaan berlaku di premis tentera udara.”Untuk kes yang terbaru ini, intipan bahagian narkotik sudah pun dibuat seawal Januari tahun ini…intipan yang berterusan sehinggalah pada Julai, hasil intipan itu semakin meyakinkan, pihak polis kemudiannya bekerjasama dengan TUDM.”Kemudian seterusnya pada hari yang berkenaan, maklumat intipan itu membuahkan hasil kerana pemeriksaan oleh tentera udara ke atas beberapa bagasi mengesahkan penemuan dadah berkenaan,” katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama Menteri KDN dan Sambutan Hari Deepavali di Lunas di sini pada Sabtu.Saifuddin berkata, siasatan awal susulan tangkapan itu membawa kepada penahanan membabitkan beberapa anggota tentera dan orang awam.Beliau berkata, semua suspek masih ditahan reman bagi membantu siasatan yang turut memberi tumpuan kepada kemungkinan kegiatan itu dilakukan secara bersindiket serta tempoh aktiviti penyeludupan berlangsung.Beliau juga tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dilakukan berdasarkan perkembangan siasatan.Bagaimanapun katanya, setakat ini pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada kegiatan itu mempunyai kaitan dengan sindiket tempatan atau pihak lain.Sebelum ini, Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan, 11 individu ditahan di sekitar Lembah Klang dan Labuan bagi membantu siasatan membabitkan pengedaran 96.64 kilogram dadah dengan menggunakan aset TUDM.Beliau berkata, tangkapan membabitkan tujuh anggota TUDM termasuk koperal berusia 28 tahun dan Pegawai Waran II berusia 48 tahun serta enam orang awam susulan penemuan dadah jenis syabu itu dianggarkan bernilai RM4.83 juta.

Latest news