LATEST

Eksekutif rugi lebih RM600,000 ditipu rakan

Eksekutif rugi lebih RM600,000 ditipu rakan

am@hmetro.com.my

Baca juga: Bahrain tuntut PBB ambil tindakan, Iran bayar pampasan susulan serangan

Kulai: Seorang pegawai eksekutif kerugian RM617,159 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan pinjaman wang dan pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, siasatan awal mendapati kejadian bermula pada 2022 apabila suspek meminta mangsa yang berusia 29 tahun meminjamkan wang kepadanya.

Katanya, pada 22 Disember 2024, suspek sekali lagi menghubungi mangsa dan menawarkan peluang pelaburan saham dalam perniagaan aksesori kereta dengan menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 45 peratus dalam tempoh setahun.

“Mangsa yang mengenali suspek sejak 2018 tertarik dengan tawaran itu bersetuju untuk membuat pelaburan dan melakukan transaksi pembayaran secara dalam talian.

“Secara keseluruhan, mangsa membuat 72 transaksi pembayaran ke enam akaun bank tempatan bermula 30 November 2022 hingga 12 Mac 2026, membabitkan jumlah RM617,159,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Seng Lee berkata, mangsa bagaimanapun gagal mendapatkan semula wang yang dipinjamkan mahupun wang yang diserahkan bagi tujuan pelaburan.

Katanya, mangsa kemudian cuba menghubungi suspek, namun mendapati nombor telefonnya sudah disekat, sebelum menyedari dirinya dipercayai ditipu.

Susulan itu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada 21 November lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news