SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) mengambil ketetapan bahawa akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) tanpa kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).Keputusan itu dibuat selepas usul berkenaan mendapat sokongan hampir kesemua perwakilan pada Konvensyen Nasional 2026 parti tersebut.Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata, terdapat 40 usul yang diterima daripada perwakilan untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa usul.Menurutnya, usul terima untuk dibahas 11, namun apabila dicantumkan beberapa usul ada persamaan.”Jadi akan dibahas ada lima. Perkara pertama usul gabungan dari Negeri Selangor, Kawasan Subang dan Kelantan berhubung pendirian tegas menghadapi PRU 16 tanpa kerjasama dengan BN.”Kita minta maaf kepada wakil Pahang yang sebut hubungan dengan BN sangat cantik dan tak nak diputuskan. Hubungan peribadi tiada masalah tetapi pilihan raya kita nak bertanding secara berasingan,” ujarnya di sini pada Ahad.Tambah Khalid, usul kedua dari Shah Alam dan Selangor mewujudkan penggal tetap bagi setiap kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya demi menjamin kestabilan politik negara.”Seterusnya, mengembleng usahawan tani melalui gerak kerja koperasi bagi keterjaminan makanan negara dan pemerkasaan ekonomi bumiputera,” ujarnya.
Amanah akan hadapi PRU16 tanpa kerjasama BN – Khalid
Malay News | https://www.malay.news/amanah-akan-hadapi-pru16-tanpa-kerjasama-bn-khalid/