KUALA LUMPUR – Dokumen minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, perlu dinyahklasifikasikan bagi membolehkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menyediakan afidavit balas berhubung permohonan semakan kehakiman yang difailkan Majlis Peguam.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dokumen berkenaan mengandungi perkara penting berkaitan mesyuarat Lembaga Pengampunan yang perlu dimasukkan dalam afidavit balas kerajaan.”AGC perlu mengemukakan jawapan melalui afidavit susulan tindakan pihak peguam mencabar isu tahanan rumah menerusi permohonan semakan kehakiman.”Jadi, dokumen berkenaan perlu dinyahklasifikasikan terlebih dahulu bagi membolehkan Peguam Negara menyediakan afidavit balasan,” katanya ketika ditemui selepas program PDRM Fun Run 2026 di Dataran Merdeka di sini pada Ahad.Media sebelum ini melaporkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib, menurut minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) yang didakwa telah dinyahklasifikasikan.Beberapa muka surat dokumen itu dikongsi oleh Tony Pua menerusi akaun Facebook miliknya, termasuk bahagian yang merekodkan pendirian Peguam Negara berhubung perkara berkenaan.Susulan itu, tindakan Tony Pua dipertikai kerana disifatkan tidak menghormati institusi Yang di-Pertuan AgongSementara itu, Saifuddin Nasution berkata, proses nyahklasifikasi perlu dilakukan berikutan permohonan semakan kehakiman berkenaan telah dimulakan oleh pihak peguam.Katanya, afidavit balas yang disediakan Peguam Negara hanya akan lengkap sekiranya perkara yang berlaku dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan itu turut dimasukkan.Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai sama ada dokumen berkenaan sepatutnya didedahkan kepada umum.Mengulas mengenai pihak yang mendedahkan dokumen berkenaan serta tujuan pendedahan itu dibuat, beliau berkata, kerajaan tidak mempunyai penjelasan berhubung perkara tersebut.”Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.”Berhubung isu pendedahan, siapa yang mendedahkan dan apakah tujuan pendedahan tersebut, saya tidak mempunyai penjelasan, kerajaan juga tidak berada dalam kedudukan untuk menjelaskan perkara berkenaan,” katanya.
Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Najib perlu dinyahklasifikasi -Saifuddin Nasution
Malay News | https://www.malay.news/minit-mesyuarat-lembaga-pengampunan-najib-perlu-dinyahklasifikasi-saifuddin-nasution/