BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah mara ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong selepas menewaskan rakan senegara, Zi Yu Low-Noraqilah Maisarah dalam aksi separuh akhir di Arena Kai Tak pada Sabtu.Pasangan nombor empat dunia itu memenangi perlawanan dengan keputusan 21-13, 21-19 untuk menempah tempat ke perlawanan akhir esok. Pearly-Thinaah akan bertemu pasangan Jepun, Sumire Nakade-Miyu Takahashi, yang menewaskan beregu Indonesia, Amallia Cahaya Pratiwi-Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-16, 23-21 dalam satu lagi aksi separuh akhir. Nakade-Takahashi mempamerkan ketenangan ketika berdepan saingan sengit untuk menundukkan pasangan Indonesia sekali gus mengesahkan tempat mereka ke perlawanan akhir. Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie gagal mara ke perlawanan akhir selepas tewas 17-21, 18-21 kepada pilihan utama China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada aksi separuh akhir. – Bernama
Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Hong Kong
Malay News | https://www.malay.news/pearly-thinaah-mara-ke-final-terbuka-hong-kong/