LATEST
National

Pearly-Thinaah mula langkah kanan di Hong Kong

Pearly-Thinaah mula langkah kanan di Hong Kong

KUALA LUMPUR: Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah memulakan kempen Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong dengan langkah kanan apabila mudah melangkah ke pusingan kedua, hari ini.

Baca juga: Jualan pelekat Istana Negara, VVIP terbuka dalam talian cetus kebimbangan

Gandingan pilihan kedua kejohanan itu tidak berdepan banyak masalah untuk menyingkirkan beregu China, Fan Shu Tian-Luo Xu Min menerusi kemenangan straight set 21-13, 21-16 pada aksi pusingan pertama di Kai Tak Arena.

Pearly-Thinaah yang juga bekas naib juara dunia bagaimanapun diberikan tentangan sengit pada awal set pertama apabila lawan cuba mengimbangi permainan.

Namun, pengalaman dan ketenangan dimiliki pasangan negara itu membolehkan mereka mengutip mata demi mata sebelum menamatkan set berkenaan 21-13.

Bersambung set kedua, Shu Tian-Xu Min sekali lagi cuba memberi tekanan apabila berjaya mengikat kedudukan 7-7 selepas memperkemaskan corak permainan.

Bagaimanapun, anak buah Rosman Razak itu segera memperbaiki rentak permainan sebelum kembali menguasai gelanggang untuk memastikan kemenangan 21-16.

Kemenangan itu menyaksikan Pearly-Thinaah meneruskan cabaran ke pusingan kedua dengan keyakinan lebih tinggi dalam misi memburu gelaran kejohanan berkenaan.

Menanti pasangan negara di pusingan seterusnya adalah pemenang pertembungan dua beregu tuan rumah, Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan dan Yeung Nga Ting-Yeung Lui Lam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news