LATEST
National

PM ucap takziah polis maut kemalangan di Perak

PM ucap takziah polis maut kemalangan di Perak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota polis, Allahyarham Muhammad Shahrul Aliff Yaacob yang terkorban dalam kemalangan di Sungkai, hari ini.

Baca juga: Rugi Siapa Tak Naik Genting Hujung Minggu Lalu! Ini Antara Momen Paling Happening Di Coffee in the Clouds 2026!

Dalam kejadian di Kilometer 351.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan kira-kira 11.30 pagi tadi, 10 lagi anggota polis cedera.

Perdana Menteri berkata, beliau mengarahkan Setiausaha Politiknya, Kamil Munim untuk menyampaikan sumbangan dan menghulurkan bantuan segera kepada waris Allahyarham dan anggota polis lain yang terbabit dalam kejadian itu.

“Semoga keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini, manakala anggota polis cedera diberikan kesembuhan segera,” katanya dalam kenyataan di laman sosialnya, hari ini.

Difahamkan, van membawa anggota terbabit termasuk pemandu dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan beberapa ibu pejabat polis daerah (IPD).

Video kemalangan turut tular di media sosial, memaparkan van berkenaan berada di bahu kiri jalan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news