LATEST

Pejuang persoal kesahihan pendedahan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan

Pejuang persoal kesahihan pendedahan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan

SHAH ALAM – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) mempersoalkan kesahihan pendedahan dokumen yang didakwa minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 bertarikh 18 September 2026 yang kini tular kepada umum.Ketua Penerangannya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, perkara yang perlu dijelaskan ialah pihak yang mendedahkan dokumen berkenaan serta siapa yang menukar klasifikasinya daripada sulit kepada terbuka, termasuk sama ada pendedahan itu dibuat tanpa kebenaran.Menurutnya, Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 memperuntukkan kuasa pengelasan semula oleh Menteri atau pegawai awam yang diberi kuasa.Bagaimanapun, katanya, sama ada peruntukan itu terpakai kepada dokumen berkenaan dan sama ada pendedahannya sah perlu ditentukan terlebih dahulu.”Anehnya perhatian media lebih tertumpu kepada kandungan dokumen yang dikatakan menunjukkan bantahan Peguam Negara dan Menteri Wilayah Persekutuan terhadap cadangan tahanan rumah,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau turut mempersoalkan masa pendedahan dokumen itu yang muncul selepas Pakatan Harapan (PH) mengalami kekalahan besar di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.Menurutnya, walaupun tempoh masa pendedahan itu mungkin sekadar kebetulan, terlalu banyak kebetulan dalam politik boleh menimbulkan persoalan.Selain itu, beliau mempersoalkan mengapa hanya minit mesyuarat bertarikh 18 September 2026 diberikan perhatian, sedangkan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-60 pada 8 Disember 2023 dan Ke-61 pada 29 Januari 2024 juga penting untuk memahami keseluruhan proses pengampunan Datuk Seri Najib Razak.”Kita masih ingat kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen mengenai peranannya membawa isu pengampunan Najib untuk pertimbangan ketika Al-Sultan Abdullah mempengerusikan Lembaga Pengampunan,” katanya.Sehubungan itu, beliau mempersoalkan kandungan sebenar minit mesyuarat terdahulu dan sama ada ia selaras dengan penjelasan yang pernah diberikan kepada Parlimen.Menurutnya, persoalan berkenaan boleh dijawab melalui saluran yang sah dengan mengambil kira kerahsiaan serta peruntukan undang-undang yang terpakai.”Baguslah kalau benar ketelusan menjadi prinsip, tapi ketelusan sebenar tidak sepatutnya bergantung kepada dokumen, yang mana hanya menguntungkan pihak tertentu semata-mata,” katanya.Beliau turut mempersoalkan mengapa minit mesyuarat lain tidak boleh diteliti melalui proses yang sah sekiranya dokumen bertarikh 18 September 2026 boleh dipersoalkan.”Kalau benar mahu rakyat tahu perkara sebenar, beri penjelasan menyeluruh. Bukan hanya bahagian terpilih yang sesuai dijadikan tajuk berita.”Pendedahan terpilih bukan tanda ketelusan,” katanya lagi.Beliau turut menggesa supaya pihak yang mahu mendedahkan perkara sebenar tidak memilih dokumen secara berperingkat untuk menunjukkan pihak tertentu bersih daripada sebarang kesalahan.     

Latest news