Pengamal ilmu hitam lesap selepas bunuh isteri, anak cedera parah

Pengamal ilmu hitam lesap selepas bunuh isteri, anak cedera parah
Pengamal ilmu hitam lesap selepas bunuh isteri, anak cedera parah

Pihak berkuasa bersama anjing pengesan dikerah untuk menjejaki pelaku. Foto Agensi

MAMUJU TENGAH – Seorang lelaki tergamak menetak isterinya hingga maut manakala anaknya cedera parah.

Tragedi itu berlaku di Dusun Manurung, Desa Tobadak, Kecamatan Tobadak, Kabupaten Mamuju Tengah, Sulawesi Barat di Indonesia pada Rabu lalu.

Pihak berkuasa kini giat memburu suspek yang melarikan diri selepas melakukan pembunuhan kejam tersebut.

AKBP Hengky Kristanto Abadi berkata, penduduk setempat mendakwa pelaku mengalami gangguan jiwa kerana mengamalkan ilmu hitam.

“Namun, dakwaan itu belum dapat disahkan selagi suspek belum diberkas. Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar dia berbuat demikian,” ujarnya.

Difahamkan, jenazah isterinya telah dibawa pulang oleh ahli keluarga untuk dikebumikan manakala anak mereka masih dirawat di rumah sakit Kabupaten Polewali Mandar. – Agensi

Mesti Baca

Scroll to Top