am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan supaya Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal diberikan kesembuhan segera selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Anwar menzahirkan sokongan dan ingatan tulus beliau kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) berkenaan.
“Salam saudara, saya doakan supaya saudara lekas sembuh dan diberikan afiyah,” katanya ringkas.
Titipan doa berkenaan hadir susulan kenyataan Wan Ahmad Fayhsal, yang memaklumkan beliau dimasukkan ke HKL selepas tidak sedarkan diri secara tiba-tiba dari awal pagi hingga jam 6 petang semalam,
Ketika kejadian, beliau membantu menyiapkan latihan kerja sekolah anaknya di kediaman mereka.
Wan Ahmad Fayhsal kemudian dilaporkan berkata, beliau kini berada di HKL untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan kecemasan.
“Insya-Allah saya akan melalui ujian CT Scan (imbasan Tomografi Berkomputer),” katanya dalam satu kenyataan menerusi hantaran di media sosial, semalam.
© New Straits Times Press (M) Bhd




