LATEST

PM lancar Prakarsa Al Pendidikan Negara, manfaatkan teknologi sepenuhnya

PM lancar Prakarsa Al Pendidikan Negara, manfaatkan teknologi sepenuhnya

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Prakarsa Al Pendidikan Negara “AI TEMU Al” sebagai langkah memperkasakan transformasi pendidikan negara menerusi pemanfaatan teknologi kecerdasan buatan (AI).Kementerian Pendidikan (KPM) dan YTL AI Labs dalam kenyataan bersama memaklumkan prakarsa atau inisiatif itu mengetengahkan tiga ikhtiar utama, iaitu Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) 3.0, Panduan Literasi AI Kementerian Pendidikan dan Cikgu ILMU, platform yang dibangunkan YTL Al Labs dan dikuasakan oleh ILMU, Al Malaysıa.”Ketiga-tiga prakarsa ini saling melengkapi dalam memperkukuh ekosistem pendidikan digital negara, memodenkan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta membudayakan penggunaan Al secara beretika, selamat dan bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu.Melalui DELIMa 3.0 dan Cikgu ILMU, murid dapat menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif dan bersesuaian dengan kurikulum tempatan.”Guru (pula) dapat memanfaatkan bantuan digital pintar bagi memudahkan penyediaan bahan pengajaran dan pentaksiran serta memberikan tumpuan kepada pembangunan murid,” menurut kenyataan itu.Menurut kenyataan tersebut, pelancaran Prakarsa Al Pendidikan Negara itu selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 dan Dasar Pendidikan Digital dalam memastikan sistem pendidikan negara terus berkembang seiring dengan kemajuan teknologi serta bersedia menghadapi keperluan masa hadapan.”KPM komited memastikan teknologi Al dimanfaatkan secara optimum bagi meningkatkan kualiti pendidikan, memperkasakan kompetensi guru dan murid.”Hal ini sekali gus melahirkan generasi yang fasih Al, kreatif, inovatif dan berdaya saing, dengan sokongan kepakaran dan inovasi rakan strategik industri seperti YTL Al Labs, tanpa mengetepikan nilai kemanusiaan dan peranan penting guru dalam mendidik anak bangsa,” menurut kenyataan itu.DELIMa 3.0 ialah pelantar pembelajaran digital KPM yang diperkasakan dengan teknologi Al bagi menyokong pembelajaran diperibadikan berdasarkan keupayaan dan minat murid.Panduan Literasi AI KPM memberikan penekanan kepada empat domain utama, iaitu Tadbir Urus Al, Pengajaran dan Pembelajaran, Pembelajaran Sepanjang Hayat, serta Etika Al.Cikgu ILMU pula ialah aplikasi pembelajaran berasaskan Al yang membantu ibu bapa menerangkan kerja rumah kepada anak-anak, membuat persediaan peperiksaan anak-anak serta menilai tahap kefahaman melalui panduan ulang kaji, kuiz dan kad imbasan yang dijana oleh teknologi itu. – Bernama  

Latest news