KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tujuh inisiatif yang diumumkan sebelum ini bagi membantu warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), dilaksanakan dengan segera.
Anwar berkata, beliau telah meminta laporan kemajuan berkaitan semua inisiatif, yang antaranya merangkumi bantuan kepada Felda dan perumahan generasi baharu disediakan setiap bulan supaya pelaksanaannya tidak tertangguh.
“Kita umumkan tujuh perkara itu saya dah beritahu Pengurus Besar (Felda), saya nak ada laporan kemajuannya setiap bulan supaya tidak tertangguh.
“Kadang-kadang saya tak salahkan rakyat. Kita umum pelaksanaan itu orang bosan tunggu, jadi sebab itu nak tunggu lama, soal rumah kedua sekurang-kurangnya ada sebahagian yang kita selesaikan,” kata beliau.
Anwar berkata demikian dalam ucapan perasmian Program Santai Perantau sempena 70 Tahun Felda di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Felda, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.



