PN Johor sedia tanding semua 56 kerusi DUN

PN Johor sedia tanding semua 56 kerusi DUN
PN Johor sedia tanding semua 56 kerusi DUN

Sahruddin memberitahu, pihaknya juga bersedia dengan berdepan PRN pada bila-bila masa.

JOHOR BAHRU – Perikatan Nasional (PN) Johor bersedia meletakkan calon di 56 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan pengumuman pembubaran Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Isnin.

Pengerusinya, Datuk Dr Sahruddin Jamal memberitahu, pihaknya juga bersedia dengan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada bila-bila masa.

“Saya baru sahaja dengar cerita (pembubaran DUN), sehubungan itu PN Johor sudah maklum akan perkembangannya ini dan kita sedia untuk bertanding di kesemua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang.

“Calon PN untuk PRN Johor ni dari Bersatu, Pas, Gerakan dan MIPP,” katanya ketika dihubungi.

Tambah bekas Menteri Besar Johor itu, pihaknya juga telah menerima permohonan daripada beberapa parti politik lain untuk turut sama terlibat dengan PN Johor dalam PRN akan datang.

“Pada masa sama, saya telah arahkan agar jentera-jentera PN diaktifkan dan gerak kerja menjelang PRN dimulakan segera,” katanya.

Sementara itu, Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, pengumuman Onn Hafiz itu merupakan satu perkara yang mengejut kerana berlaku tanpa sebarang petanda.

“Agak mengejutkan walaupun sudah ada maklumat berkenaan (pembubaran DUN) sejak pagi tadi. Apa pun saya sudah mengarahkan agar jentera Pas digerakkan semaksimum mungkin bagi berdepan PRN Johor.

“Saya akan muktamadkan kerusi-kerusi yang akan ditandingi Pas di negeri ini bersama-sama parti komponen lain dalam PN,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi PN Johor.

Artikel Disyorkan

Scroll to Top