LATEST

PRN Sarawak: Pemimpin DAP bukan rakyat Sarawak tidak sertai kempen – Chieng Jen

PRN Sarawak: Pemimpin DAP bukan rakyat Sarawak tidak sertai kempen – Chieng Jen

KUCHING – Pemimpin DAP bukan rakyat Sarawak yang memegang jawatan menteri atau timbalan menteri di peringkat Persekutuan tidak akan menyertai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan semangat Kerajaan MADANI dan sebagai menghormati rakan gabungan di peringkat Persekutuan.”DAP Sarawak akan menerajui kempen di lapangan bersama-sama barisan kepimpinan, ahli dan mesej kami sendiri. Rekod pencapaian serta komitmen kami terhadap rakyat Sarawak akan menjadi bukti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Chieng Jen berkata, keputusan itu merupakan sebahagian daripada kesepakatan yang dicapai susulan pertemuannya dengan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke di Kuala Lumpur hari ini, selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) menarik diri daripada menyertai PRN berkenaan.Beliau berkata atas semangat demokrasi, DAP Sarawak tetap dengan pendirian untuk bertanding di mana-mana kerusi yang diputuskan parti itu.”Ini bukan kelonggaran baharu. Sebaliknya, merupakan prinsip yang sentiasa dipegang oleh DAP Sarawak. Segala perkara berkaitan Sarawak diputuskan sepenuhnya oleh DAP Sarawak sendiri.”Ini termasuk jumlah kerusi yang akan ditandingi, pemilihan calon serta urusan menandatangani watikah untuk calon bertanding menggunakan logo DAP. Semua keputusan ini dibuat di Sarawak oleh kepimpinan DAP Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Chieng Jen berkata, Jawatakuasa Eksekutif Pusat DAP turut menegaskan bahawa kepimpinan tertinggi parti menghormati sepenuhnya autonomi DAP Sarawak dan akan mematuhi ketetapan yang dipersetujui.Setakat hari ini, DAP mengesahkan akan bertanding di 12 kerusi pada PRN Sarawak.Selain DAP, Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga telah mengumumkan calon bagi kesemua 82 kerusi dipertandingkan, diikuti Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) (26), Parti Bumi Kenyalang (PBK) (12), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (1) dan seorang calon bebas.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak ke-13, dengan hari penamaan calon Sabtu ini manakala pengundian awal pada 8 Disember. – Bernama   

Latest news