PETALING JAYA: Penerjun negara, Yong Rui Jie-Muhammad Nurqayyum Nazmi Mohmad Nazim beraksi cemerlang apabila mempertahankan pingat gangsa Temasya Hangzhou 2022 dalam aksi final acara tiga meter papan anjal seirama lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, hari ini.
Gandingan itu mengumpul 345.81 mata untuk melengkapkan saingan di kedudukan ketiga di Pusat Akuatik Tokyo.
Pada temasya, empat tahun lalu, Malaysia turut membawa pulang kilauan pingat yang sama menerusi Muhammad Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang.
Memuatkan artikel berkaitan…
Apa yang lebih menarik Tze Liang kini bergelar jurulatih skuad kebangsaan dan beliau bertanggungjawab membawa Rui Jie-Nurqayyum mengekalkan pingat gangsa yang dimenanginya di Hangzhou.
Pingat emas pula seperti biasa dimenangi oleh kuasa besar sukan terjun China melalui Wong Zongyuan-Zheng Jiuyuan yang mengumpul 465.87 mata, manakala, tuan rumah berada di kedudukan perak, Senri Ikuma-Haruki Suyama yang mengutip 355.56 mata. – UTUSAN




