MILO® Malaysia Breakfast Day (MBD) 2026 kembali dengan menghimpunkan lebih 70,000 peserta di enam negeri menerusi gerakan nasional mempromosikan kepentingan sarapan sebagai asas gaya hidup aktif dan sihat.
MBD 2026 membuka tirainya di Kota Kinabalu, Sabah, Ahad ini selepas menerima sambutan yang amat menggalakkan sehingga semua tiket penyertaan habis dijual.
Siri jelajah kemudian akan diteruskan ke ke Kuala Terengganu, Terengganu; Kuching, Sarawak; Kuantan, Pahang; Kota Bharu, Kelantan dan kemuncaknya di Putrajaya pada 12 Julai depan.
Pegawai Eksekutif Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen berkata, program berkenaan bukan sahaja memperkukuhkan kesedaran mengenai kepentingan sarapan sebagai asas kepada gaya hidup sihat malah, menyatukan komuniti.
“Sebagai minuman kegemaran rakyat Malaysia, MILO® terus memainkan peranan aktif dalam membekalkan khasiat di samping menyokong komuniti menjalani kehidupan lebih sihat dan aktif.
“Kami juga mahu memperkukuhkan kepentingan membina tabiat pemakanan sihat setiap hari menerusi penganjuran semula MILO® Malaysia Breakfast Day,” katanya dalam satu kenyataan.

Jessica Jane (lima dari kiri) bersama Nik Justin (empat dari kiri) mengadakan lawatan ke Karangkraf bagi mempromosikan MILO® Malaysia Breakfast Day yang membuka tirai di Sabah, Ahad ini.
Sejak diperkenalkan pada 2013, program itu telah menghimpunkan lebih setengah juta rakyat menerusi pelbagai aktiviti gaya hidup sihat.
Acara larian sejauh tiga kilometer itu direka khusus untuk seisi keluarga termasuk kanak-kanak dan peserta kali pertama, manakala kategori lima kilometer diperkenalkan di Putrajaya bagi mereka yang mahukan cabaran tambahan.
Selain larian, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti interaktif termasuk senaman berkumpulan, cabaran sukan dan permainan keluarga yang bertujuan menjadikan gaya hidup sihat lebih menyeronokkan.
Antara tarikan utama yang kembali mendapat perhatian ialah Trak Imersif 360° MILO® Goodness yang menawarkan pengalaman di sebalik tabir penghasilan MILO® serta memaparkan sejarah dan nilai teras jenama berkenaan.
Program itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Sahabat MILO®, Nadhir Nasar dan Erysha Emyra yang dijangka menjadi inspirasi kepada golongan muda untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan pemakanan seimbang.

Jessica Jane (tiga dari kanan) bersama delegasi memeriahkan trak ikonik MILO di pekarangan Karangkraf pada Selasa.
Sementara itu, delegasi MILO® Malaysia mengadakan lawatan korporat di Karangkraf bagi memperkasa jalinan strategik dua hala.
Lawatan diketuai Pengurus Jenama MILO®, Jessica Jane Funk bersama Penolong Pengurusnya nya, Pearly Khoo serta pengurusan kanannya.
Ketibaan mereka disambut Ketua Komunikasi Korporat dan Perhubungan Strategik Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin.
Delegasi turut dibawa ke setiap bahagian editorial Sinar Karangkraf dan NU Ideaktiv selain sebanyak 1,000 cawan minuman MILO percuma disediakan kepada warga Karangkraf.



