Saya tak mahu KLIA jadi macam Selayang – Shuhaily

Saya tak mahu KLIA jadi macam Selayang – Shuhaily

harisfadli@hmetro.com.my

Putrajaya: “Saya tidak mahu lihat KLIA jadi macam Selayang. Saya tidak mahu membiarkannya jadi macam itu.”

Demikian kata Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Shuhaily ketika mengulas mengenai sindiket warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurutnya, penubuhan agensi itu bukan sekadar cukup syarat sebaliknya mereka diberikan amanah dengan objektif yang jelas iaitu menjamin keselamatan dan membanteras elemen jenayah di pintu masuk negara.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua termasuk yang meminta saya teruskan apa jua usaha untuk memperbaiki keselamatan pintu masuk negara.

“Saya amat-amat menghargainya dan itulah semangat saya pegang untuk saya terus berusaha untuk mengubah prasarana

ataupun keselamatan di pintu masuk negara.

“Saya tidak mahu KLIA jadi macam Selayang.

Jadi saya rasa cukup jelas inisiatif dan motivasi kami di AKPS ini. Kerajaan menubuhkan kami ada sebab, bukan suka-suka,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top