LATEST

“Saya Terima Saja Gemuk Macam Ini” 

“Saya Terima Saja Gemuk Macam Ini” 

Penyanyi Faizal Ramly berkata dia selesa dengan tubuhnya yang agak berisi serta mengakui bukan mudah untuk menurunkan berat badan apatah lagi usia semakin meningkat.

Memetik mStar Online, Faizal berkata dia akui sukar mengawal selera makan terutama pada waktu malam namun berusaha untuk mengurangkan pengambilan makanan.

Baca juga: Anugerah SEBA ASEAN iktiraf Mohamad Norza, 38 individu, organisasi dan jenama

“Saya ini kalau waktu malam saja mesti lapar. Apakan daya mungkin faktor usia juga. Sebenarnya saya dah kurangkan makan, tapi bila umur semakin meningkat, bukan mudah untuk turunkan berat badan.

“Bagaimanapun, saya terima saja keadaan diri yang gemuk macam ini. Saya tak ada masalah dan bahagia saja menjalani kehidupan.

“Cuma saya memang perlu turunkan berat badan supaya dapat menyanyi dengan lebih bertenang dan mempunyai stamina yang baik,” katanya.

Sementara itu, Faizal berkata dia melihat komen netizen yang menjadikan fizikalnya sebagai gurauan sebagai perkara biasa serta menjadikan teguran itu untuk perbaiki diri.

“Mungkin sekadar mahu bergurau. Saya ambil dari sudut positif saja. Siapalah kita untuk menilai orang lain lebih-lebih. Saya tak mahu terlalu memikirkan perkara itu. Apa saja yang mereka mahu komen, silakan. Janji bila tiba masa makan, saya makan. Tiba masa menyanyi, saya menyanyi,” katanya.

Sumber: mStar Online

Latest news