Selamat pengantin baharu buat Arif, Nahirah

Selamat pengantin baharu buat Arif, Nahirah

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tarikh 10 Oktober bukan sahaja menjadi pilihan pasangan Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk melangsungkan perkahwinan.

Malah, tarikh sama turut menjadi pilihan pemain gitar XPDC, Arif Izo yang juga anak kepada pemain gitar legenda, Izo untuk ke jenjang pelamin dengan wanita pilihan hatinya.

Berita gembira ini dikongsi oleh pengacara terkenal TV3, Fedtri Yahya yang mengacara majlis hari bahagia pasangan terbabit.

Menurut keterangan gambar yang dimuat naik Fedtri menerusi Threads, Arif atau nama sebenar, Muhamad Arif Mohd Zulkifly, 29, memilih bekas wartawan Malaysia Hari Ini (MHI), Nahirah sebagai suri hidupnya.

Berita gembira ini kemudian turut dikongsi oleh pengendali Facebook laman peminat XPDC dan rata-rata peminat mengucapkan tahniah serta mendoakan rumah tangga pasangan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Arif yang dihubungi oleh Harian Metro bagaimanapun belum memberikan maklum balas, setakat ini.

Difahamkan, Arif kini sibuk dengan sesi latihan untuk Konsert Reunion XPDC yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 17 Oktober ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top