Oh! Artis
Sharifah Sakinah jadi perhatian selepas kongsi foto romantik bersama suami di London ketika Hari Arafah.
Nama Sharifah Sakinah sekali lagi hangat diperkatakan netizen selepas pelakon itu memuat naik foto romantik bersama suaminya, Cyril Kongo di media sosial. Namun kali ini, perkongsian tersebut mengundang kecaman ramai.
Mana tidaknya, foto yang dikongsi memaparkan mereka bercium mulut dan berpelukan mesra ketika berada di London. Lebih membuatkan ramai kurang senang apabila ia dimuat naik ketika Hari Arafah.
Netizen persoal tindakan Sharifah Sakinah

Ruangan komen terus dibanjiri pelbagai reaksi netizen yang menganggap perkongsian itu tidak sesuai dipaparkan secara terbuka. Ada yang berpendapat sebagai pasangan Melayu Islam, mereka perlu lebih menjaga sensitiviti terutama pada hari yang dianggap mulia buat umat Islam.
Selain foto tersebut, kapsyen yang ditulis Sharifah Sakinah juga turut mencuri perhatian ramai. Walaupun ringkas, ayat dimuat naik itu seolah-olah memberi gambaran mengenai kehidupan dan kebahagiaan yang dimiliki.
Semua hanya pinjaman.- Tulisnya.
Ada juga netizen yang mempertahankan pelakon itu dengan mengatakan setiap individu bebas berkongsi kehidupan sendiri. Namun, ramai juga tetap beranggapan perkongsian sebegitu tidak perlu ditunjukkan kepada umum.
Pernah beberapa kali gagal dalam perkahwinan

Untuk rekod, Sharifah Sakinah mendirikan rumah tangga bersama Cyril Kongo pada tahun 2025. Sebelum itu, dia pernah berkahwin dengan Aliff Adha pada 2015 sebelum berpisah lima tahun kemudian.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Anais Adha yang kini berusia lapan tahun. Sakinah juga pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki Sweden dikenali sebagai Michael Hansen pada 2021 sebelum bercerai dua tahun selepas itu.
Pssttt! Kadang-kadang tak semua momen bahagia perlu dikongsi di media sosial untuk tatapan umum. Lagi-lagi bila melibatkan perkara sensitif yang boleh mengundang pelbagai reaksi netizen. Apa pun, bijaklah berkongsi dan hormati juga pandangan orang lain, korang.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




