SME CORP. MALAYSIA TERUS PERKASA PMKS, UMUM DATO’ TENG CHANG KHIM SEBAGAI PENGERUSI BAHARU

KUALA LUMPUR, 19 Mei – SME Corp. Malaysia hari ini mengumumkan YBhg. Dato’ Teng Chang Khim sebagai Pengerusi baharu berkuatkuasa 18 Mei 2026, yang dilantik oleh YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

YBhg. Dato’ Teng Chang Khim merupakan lulusan Undang-undang, Universiti London serta pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Perdana. Beliau yang merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membawa pengalaman luas berkaitan industri dan bidang perniagaan, termasuk pernah memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga

Pengarah, Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) dan Invest Selangor Berhad.

Bekas Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor ini juga mempunyai pengalaman dalam pembangunan PMKS menerusi tanggungjawabnya sebagai EXCO Selangor dengan memegang portfolio Pelaburan, Industri Kecil & Sederhana,

Perdagangan dan Pengangkutan (2014-2018) serta Industri dan Perdagangan (20182023) selain Kerajaan Tempatan, R&D dan Pengangkutan Awam (2013-2014).

Sepanjang kerjayanya, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Informasi dan Ekonomi Digital Selangor (Selangor Information and Digital Economy Council), Naib Pengerusi Majlis Industri Halal Selangor (Selangor Halal Industry Council) dan Pengerusi Penganjur Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS).

SME Corp. Malaysia menyambut baik pelantikan ini dan mengekalkan komitmen untuk terus memperkasakan PMKS di Malaysia, khususnya menerusi agenda penskalaan di bawah RMK13. Pada masa yang sama, SME Corp. Malaysia juga merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas Pengerusi,  YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok atas kepimpinan dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi sejak

Siaran Media: Malay News

Scroll to Top