LATEST
World News

Status Gibran jadi tanda tanya

Status Gibran jadi tanda tanya

JAKARTA – Kedudukan Gibran Rakabuming Raka sebagai Naib Presiden Indonesia terus menimbulkan persoalan selepas beliau dilaporkan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Prabowo Subianto pada Rabu.Perkara itu disahkan pembantu politiknya, Budi Arie Setiadi yang memaklumkan bahawa surat itu telah diserahkan kepada Prabowo ketika desakan politik terhadap Gibran terus memuncak.Bagaimanapun, peletakan jawatan itu belum dimuktamadkan secara rasmi kerana masih tertakluk kepada proses Perlembagaan termasuk pengesahan oleh Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR).Laporan media tempatan pada Khamis menyebut Ketua MPR, Ahmad Muzani belum menerima atau melihat surat rasmi peletakan jawatan tersebut.Gibran membuat keputusan drastik itu selepas pertemuan dengan Prabowo pada Selasa lalu yang menyaksikan beliau menyatakan hasrat untuk berundur susulan kontroversi mengenai kelayakan akademik Gibran ketika bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2024.Niat tersebut disuarakan selepas Mahkamah Perlembagaan (MK) dan Mahkamah Agung (MA) mencetuskan pertikaian mengenai kelayakan akademik Gibran berkaitan kesahihan dokumen pendidikan serta pematuhan syarat pencalonannya sebagai Naib Presiden pada Pilihan Raya Presiden 2024.Bagaimanapun, Gibran dilaporkan enggan berdiam diri apabila beliau mahu mencabar keputusan MA menerusi Pengadilan Tata Usaha Negara (PTUN) bagi membuktikan latar belakang pendidikannya yang dipersoalkan banyak pihak.Tekanan terhadap beliau turut meningkat apabila seramai 120 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dilaporkan menyokong langkah pemecatannya.Bagaimanapun, penyerahan surat pengunduran itu tidak bermakna anak sulung bekas Presiden Joko Widodo atau Jokowi itu secara automatik kehilangan kedudukannya sebagai Naib Presiden.Sekiranya peletakan jawatan itu disahkan, perkembangan tersebut bakal menambah cabaran kepada pentadbiran Prabowo yang sebelum ini turut dibelenggu beberapa kontroversi termasuk skandal pengintipan yang mencetuskan polemik politik di negara itu. – Agensi 

More in World News

View all

Latest news