Sultan Brunei berkenan ziarah Tun Dr Mahathir di IJN

Sultan Brunei berkenan ziarah Tun Dr Mahathir di IJN

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menziarahi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, semalam.

Perkara itu dikongsikan dalam hantaran Facebook Dr Mahathir, hari ini bersama beberapa gambar pertemuan berkenaan.

Berdasarkan perkongsian itu, turut berangkat sama, Putera Abdul Mateen Bolkiah.

Terdahulu media melaporkan Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani rawatan berkala.

Setiausaha Akhbarnya, Sufi Yusoff dipetik berkata, bekas Perdana Menteri itu keletihan kerana tidak cukup tidur selepas kehilangan isteri tercinta Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali.

Allahyarham Dr Hasmah meninggal dunia di IJN pada usia 100 tahun, 28 September lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top