Malaysia sedia ‘perangkap’ Pakistan Oleh ROZAIDI ZULKIFLI rozaidi.zulkifli@mediamulia.com.my IPOH: Pembantu jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Azrul Effendy Bistamam mengingatkan pemain-pemain, tidak perlu berasa gentar untuk turun pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 menentang Pakistan di Stadium Azlan Shah, hari ini. Jelasnya, jika dibandingkan daripada segi persediaan pasukan, Malaysia lebih baik berbanding Pakistan bagi mengharungi kejohanan ini. “Jika daripada segi persediaan, kita berkali lebih baik daripada Pakistan yang berlatih dalam tempoh singkat berbanding kita yang bermula 19 Mac lalu dan bagi saya untuk mencatat kemenangan menentang Pakistan sebenarnya bukan satu masalah. “Paling penting pemain sendiri kena bermain dengan penuh keyakinan dan mengikut segala taktikal yang direncana oleh barisan jurulatih pada aksi esok (hari ini),” katanya kepada Utusan Malaysia semalam. Untuk rekod, pertemuan terakhir Speedy Tigers menentang Pakistan di pentas PSAS 2022 adalah pada November 2022 yang berakhir dengan keputusan 1-1 dan edisi ke-29 itu juga menyaksikan Malaysia muncul juara buat kali pertama selepas 39 tahun di kejohanan berkenaan. Ketika ditanya mengenai keharmonian dalam pasukan, Azrul menyifatkan semuanya tampak baik antara pemain junior mahupun senior. “Saya lihat apabila ke mana-mana semua sekali, dan tiada jurang besar antara pemain senior dan junior. “Keharmonian pasukan semua baik dan semua sudah bersedia untuk turun beraksi pada perlawanan esok (hari ini,” jelasnya. Selepas menentang Pakistan, skuad hoki negara yang berada di ranking ke-13 dunia akan menentang Kanada (5 Mei), juara dua kali New Zealand (7 Mei), Jepun (8 Mei) dan juara tiga kali Korea Selatan (10 Mei).

IPOH: Pembantu jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Azrul Effendy Bistamam mengingatkan pemain-pemain, tidak perlu berasa gentar untuk turun pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 menentang Pakistan di Stadium Azlan Shah, hari ini. Jelasnya, jika dibandingkan daripada segi persediaan pasukan, Malaysia lebih baik berbanding Pakistan bagi mengharungi kejohanan ini. “Jika daripada segi persediaan,… … Read more

Sarjit tuntut aksi konsisten Speedy Tigers

Sarjit tuntut aksi konsisten Speedy Tigers

PENGENDALI skuad hoki lelaki negara, Sarjit Singh menyifatkan pemilihan 18 pemain The Speedy Tigers telah mengambil kira pelbagai aspek termasuk prestasi, komitmen sesi latihan serta pemahaman konsep semasa diterapkan pasukan. “Kami barisan kejurulatihan berharap persefahaman antara pemain muda atau pemain baharu di dalam pasukan bersama pemain yang lebih senior dapat dibentuk dengan cepat sewaktu dalam … Read more

Malaysian Tigers senaraikan dua pemain muda

Malaysian Tigers senaraikan dua pemain muda

IPOH: Dua pemain muda antara 18 pemain yang bakal menggalas cabaran negara pada kejohanan hoki jemputan antarabangsa Piala Sultan Azlan Shah bermula Sabtu ini. Dua pemain itu ialah Azimuddin Syakir Kamaruddin dan bekas penjaga gol pasukan remaja kebangsaan, Che Sharul Azmi Che Saupi . Menerusi senarai yang dikeluarkan, kedua-dua pemain itu pertama kali dipanggil menyertai… … Read more

Masa terbaik Speedy Tigers pamer karakter juara

Masa terbaik Speedy Tigers pamer karakter juara

Pemain-pemain negara giat menjalani latihan sebelum menyingkap saingan Piala Sultan Azlan Shah, Sabtu ini. SKUAD hoki lelaki Speedy Tigers perlu mempamerkan karakter juara apabila tampil mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah 2024 yang menyingkap tirai di Ipoh Sabtu ini. Malah menurut Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa, edisi ke-30 kali … Read more

Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers

Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers

Ahmad Najmi. Foto Bernama TIMBALAN Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak dilantik sebagai pengurus skuad Speedy Tigers bagi menggantikan Datuk Mirnawan Nawawi. Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut. “Saya sudah berbincang perkara ini dengan (pengerusi jawatankuasa kejurulatihan) Datuk Majid Manjit Abdullah … Read more

Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan

Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan

Pemain hoki negara Adam Ashraf menjalani sesi latihan skuad hoki kebangsaan di Stadium Hoki Nasional, pada Selasa. (Gambar kecil: Sarjit) Foto Bernama SKUAD hoki senior lelaki kebangsaan bakal berdepan perlawanan pemanas badan menentang New Zealand sebelum berentap dalam aksi Piala Sultan Azlan Shah, Mei depan. Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Sarjit Singh berkata, perlawanan persahabatan yang … Read more

Sarjit beri peluang pemain ‘veteran’ untuk kembali barisi Speedy Tigers

Sarjit beri peluang pemain ‘veteran’ untuk kembali barisi Speedy Tigers

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih baharu skuad hoki kebangsaan Sarjit Singh bersedia memberi peluang kepada pemain veteran, membuktikan kemampuan mereka untuk kembali membarisi skuad Speedy Tigers. Beliau yang pernah menggalas tugas sama pada tahun 2006 hingga 2008 dan dilantik semula semalam bagi menggantikan ketua jurulatih sebelum ini A. Arul Selvaraj, percaya usia bukanlah penghalang kepada mana-mana pemain … Read more

Sarjit jurulatih baharu Speedy Tigers

Sarjit jurulatih baharu Speedy Tigers

Laporan muka belakang Sukan Sinar pada Ahad BAGAI sireh pulang ke gagang, Sarjit Singh dinamakan sebagai ketua jurulatih hoki lelaki negara yang baharu bagi menggantikan Arul Selvaraj selepas kontraknya tamat Januari lalu. Sarjit yang merupakan jurulatih pasukan hoki Johor pernah mengendalikan skuad Speedy Tigers dari Januari 2007 hingga Disember 2008. Pengumuman dibuat oleh Presiden Konfederasi … Read more

Jurulatih baharu Speedy Tigers diketahui hari ini

Jurulatih baharu Speedy Tigers diketahui hari ini

DEBARAN empat calon sama ada terpilih untuk membimbing skuad hoki lelaki negara bakal berakhir hari ini. Subahan. Foto Bernama Pengumuman ketua jurulatih Speedy Tigers yang baharu dijangka diumumkan oleh Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama persatuan itu di Bukit Jalil pada sebelah pagi. Empat calon itu adalah … Read more