‘Tak nak duduk semeja dengan DAP, tapi Presiden anda duduk sebelah saya tiap-tiap minggu’ – Anthony

‘Tak nak duduk semeja dengan DAP, tapi Presiden anda duduk sebelah saya tiap-tiap minggu’ – Anthony
‘Tak nak duduk semeja dengan DAP, tapi Presiden anda duduk sebelah saya tiap-tiap minggu’ – Anthony

Anthony (kiri) memuatnaik gambar beliau duduk bersebelahan Ahmad Zahid dalam satu mesyuarat. Foto: Facebook Anthony Loke

SHAH ALAM – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke membidas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Onn Hafiz Ghazi yang sanggup melepaskan jawatan Menteri Besar daripada bekerjasama dengan DAP.

Beliau berkata, pendirian itu merupakan satu bentuk keangkuhan, malah ia bercanggah dengan realiti politik semasa di peringkat Persekutuan apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi duduk semeja dengannya dalam Mesyuarat Kabinet.

“Anda tak nak duduk semeja dengan DAP… hebat! Teruskan keangkuhan kamu.

“Tapi, Presiden anda tiap-tiap minggu duduk sebelah dengan Setiausaha Agung DAP ya… harap maklum… terima kasih,” katanya dalam satu hantaran Facebook pada Ahad.

Anthony turut memuatnaik gambar beliau ketika duduk bersebelahan dengan Ahmad Zahid dalam satu mesyuarat.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menolak untuk kerjasama dengan DAP dan sanggup melepaskan jawatan Menteri Besar sekiranya keadaan itu berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Onn Hafiz berkata, realiti politik di negeri itu berbeza di peringkat Persekutuan apabila kerjasama BN khususnya UMNO dan DAP tidak pernah terjalin selama ini.

Mesti Baca

Scroll to Top