“Tak Semua Orang Ada” – Elizabeth Tan Bangga Suara Unik

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi perhatian apabila ada seorang pengguna Threads senaraikan artis yang didakwa tidak boleh menyanyi.

Memetik mStar Online, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy berkata dia bangga dengan keunikan suaranya namun mengakui kelemahan dalam teknik vokal. 

BACA: Elizabeth Tan Mahu Dua Anak Sebelum Usia 35 Tahun

“Saya dah tinggalkan komen pada posting itu, saya percaya memang ton suara saya agak unik. Kalau orang dengar lagu tanpa lihat muka pun akan tahu itu Lizzy.

“Saya bangga dengan keunikan suara itu dan tak pernah rasa rendah diri. Tak semua orang ada. Tapi dari segi teknik penyanyi memang saya tak pandai dan disebabkan itu tak banyak ambil tawaran persembahan menyanyi,” katanya.

Sementara itu, Lizzy berkata dia tidak pernah anggap dirinya penyanyi hebat kerana tidak pernah mengikuti kelas vokal serta banyak memberi tumpuan dalam bidang lakonan.

“Nasib baik dia tak kutuk lakonan, kalau tak memang saya akan tertekan sebab meletakkan usaha yang lebih dalam bidang lakonan.

“Kalau bab menyanyi, saya tak pernah cakap saya pandai menyanyi. Tak pernah pun cakap saya ni hebat menyanyi,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top