
Seorang pemandu beca auto disyaki membunuh tiga anak perempuannya dengan mencampakkan mereka ke dalam tasik. Foto The Sun US
KAMAREDDY – Seorang pemandu beca auto disyaki membunuh tiga anak perempuannya dengan mencampakkan mereka ke dalam sebuah tasik, dipercayai akibat kesempitan hidup.
Suspek yang pada mulanya membuat laporan polis berhubung kehilangan anak-anaknya bagaimanapun ditahan selepas siasatan dan soal siasat mendapati dia terbabit dalam kejadian berkenaan.
Lelaki terbabit, dikenali sebagai Ismail, dipercayai membawa tiga anak perempuannya, Shifaat, 8, Aayat, 7 dan Maryam, 5, menaiki beca auto sebelum kejadian berlaku.
Semasa disoal siasat, Ismail memberitahu polis bahawa dia membawa ketiga-tiga anaknya ke sebuah hotel untuk bersarapan sebelum menurunkan mereka di lokasi berkenaan.
Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati kawasan berhampiran Tasik Pedda Cheruvu dikenal pasti sebagai lokasi terakhir mangsa dilihat.
Operasi mencari kemudian dilancarkan dan dua mayat kanak-kanak perempuan ditemukan di tasik berkenaan pada malam Sabtu.
Mayat Aayat dan Maryam ditemui terlebih dahulu, manakala mayat Shifaat berjaya ditemukan pada pagi Ahad selepas operasi pencarian secara intensif dijalankan.
Ringkasan AI
- Seorang pemandu beca auto disyaki membunuh tiga anak perempuannya dengan mencampakkan mereka ke dalam tasik akibat kesempitan hidup
- Suspek membuat laporan polis palsu tentang kehilangan anak-anaknya tetapi kemudian ditahan setelah siasatan
- Ismail, bapa kepada tiga anak perempuan tersebut, membawa mereka menaiki beca auto sebelum kejadian
- Dia beritahu polis dia bawa anak-anak ke hotel untuk sarapan sebelum meninggalkan mereka
- Tiga mayat anak perempuannya ditemukan di Tasik Pedda Cheruvu setelah operasi pencarian



