Tonton Gayong 2, peluang menang baucar petrol RM300

Tonton Gayong 2, peluang menang baucar petrol RM300

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kempen “Tonton & Menang” sempena tayangan filem Gayong 2 kini menawarkan baucar petrol bernilai RM300 kepada penonton yang bertuah.

Bukan sekadar pengalaman menonton di pawagam, setiap tiket yang dibeli hadir dengan potensi ganjaran lebih bermakna dan praktikal.

Sepanjang 15 hingga 22 April ini, penonton perlu membeli tiket Gayong 2, mengimbas kod QR yang disediakan dan melengkapkan maklumat ringkas sekali gus layak menyertai kempen ini.

Selari dengan inisiatif ini, peluang kemenangan turut diperluaskan apabila seramai lima pemenang akan dipilih dari setiap negeri.

Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan kempen ini lebih inklusif, malah membuka ruang kepada lebih ramai penonton di seluruh negara untuk menikmati ganjaran yang ditawarkan.

Kempen ini bukan sahaja menambah nilai kepada tontonan anda, malah membuka ruang untuk membawa pulang baucar petrol bernilai RM300. sekali gus terus menyokong karya tempatan.

Filem Gayong2 hadir dengan sokongan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran dan diterajui pengarah Faisal Ishak.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top