Trump ganti konsert dengan himpunan besar-besaran

Trump ganti konsert dengan himpunan besar-besaran
Trump ganti konsert dengan himpunan besar-besaran

Persiapan rancak sedang dilakukan pada acara yang akan dianjurkan oleh Presiden AS Donald Trump sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-250 negara itu. Foto AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Khamis mengumumkan satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan di Washington pada 24 Jun 2026 sempena sambutan ulang tahun ke-250 negara itu.

Trump berkata, acara berkenaan akan menggantikan konsert yang dirancang sebelum ini selepas beberapa artis menarik diri daripada menyertainya.

“Sebagai meraikan Sejarah 250 Tahun Negara kita, kami akan membawakan kepada anda, secara langsung, Perhimpunan Terhebat, Pernah!

“Ia akan istimewa pada setiap peringkat. Perhimpunan yang menutup segala perhimpunan!” ujarnya menerusi platform Truth Social.

Ulang tahun ke-250 Amerika Syarikat itu dikenali sebagai Semiquincentennial, yang menandakan genap 250 tahun sejak Deklarasi Kemerdekaan ditandatangani pada 1776.

Sambutan rasmi di seluruh negara sedang dianjurkan oleh America250, sebuah suruhanjaya yang ditubuhkan oleh Kongres Amerika Syarikat.

Perhimpunan yang diumumkan Trump itu bagaimanapun merupakan inisiatif tersendiri dan berasingan daripada acara rasmi yang dianjurkan oleh suruhanjaya berkenaan. – AFP

Mesti Baca

Artikel Disyorkan

Scroll to Top