[VIDEO] Rafizi, Nik Nazmi masih terikat bon RM10 juta – PKR

[VIDEO] Rafizi, Nik Nazmi masih terikat bon RM10 juta – PKR

JOHOR BAHRU – Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden parti itu, Nik Nazmi Nik Ahmad didakwa masih terikat dengan bon parti bernilai RM10 juta walaupun mengumumkan pengosongan kerusi Parlimen sebelum keluar parti.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh berkata, terdapat bukti Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa itu sudah menyertai Parti Bersama Malaysia (MU) lebih awal iaitu pada 17 Mei.

ARTIKEL BERKAITAN: Rafizi, Nik Nazmi rasmi hantar surat letak jawatan kepada Speaker Dewan Rakyat

Rafizi, Nik Nazmi ambil alih Parti Bersama Malaysia

Rafizi, Nik Nazmi umum keluar PKR, kosongkan kerusi Parlimen

Menurut beliau, tindakan itu boleh dianggap sebagai lompat parti terlebih dahulu sebelum pengosongan kerusi dibuat pada 18 Mei, sekali gus menyebabkan syarat bon parti masih berkuat kuasa.

Fuziah (tengah) ketika sidang akhbar Program Advokasi Dasar Pengguna Negara 2.0 dan Bual Bicara Pengguna di Johor Bahru pada Isnin.

Fuziah (tengah) ketika sidang akhbar Program Advokasi Dasar Pengguna Negara 2.0 dan Bual Bicara Pengguna di Johor Bahru pada Isnin.

“Mereka mengatakan bahawa Akta Anti Lompat Parti itu tidak terpakai. Tetapi saya ada bukti bahawa mereka telah pun masuk parti bersama dalam laman web parti, dengan ‘timestamp’ pada 17 Mei.

“Kalau ikut dasar perlembagaan parti, maka mereka sudah pun lompat parti pada 17 Mei, sebelum mereka mengosongkan kerusi mereka pada hari ini,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) berkata demikian pada sidang akhbar Program Advokasi Dasar Pengguna Negara 2.0 dan Bual Bicara Pengguna di sini pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Nik Nazmi, Rafizi khianati mandat rakyat – AMK

‘Saya dan Nik Nazmi tidak terikat bon RM10 juta PKR’ – Rafizi

Rafizi, Nik Nazmi keluar parti PKR, kosong kerusi Parlimen: Saya tak follow lagi – Anwar

Fuziah (dua dari kanan) menghadiri Program Advokasi Dasar Pengguna Negara 2.0 dan Bual Bicara Pengguna di Johor Bahru pada Isnin.

Fuziah (dua dari kanan) menghadiri Program Advokasi Dasar Pengguna Negara 2.0 dan Bual Bicara Pengguna di Johor Bahru pada Isnin.

Fuziah menjelaskan, perkara itu masih diteliti oleh pasukan peguam PKR sebelum sebarang tindakan undang-undang diputuskan.

“Our legal advisors are advising us. Kita akan bincang dalam mesyuarat Biro Politik esok. Apa-apa kita akan bincang tindakannya,” ujarnya lagi.

Sebelum itu, pada Ahad, bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, dan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa tidak terikat dengan bon RM10 juta parti tersebut.

Rafizi menjelaskan, ia susulan mereka mengambil langkah mengosongkan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa terlebih dahulu sebelum keluar parti.

Scroll to Top