KUALA LUMPUR: Urusan dokumentasi pengebumian pengacara dan personaliti media sosial, Allahyarham Akhmal Asyraf, 32, atau lebih dikenali sebagai Kapten AA sedang diuruskan pihak berkuasa Oman di Kedutaan Malaysia, pagi ini.
Baca juga: Pochettino baru sedar realiti sebenar Man United
Pengasas RARETV, Saiful Nang menerusi hantaran di Threads berkata, urusan dokumentasi itu diuruskan seawal 6 pagi bagi mempercepatkan urusan pengebumian
“Mereka mula bekerja awal untuk mempercepatkan urusan pengebumian. Kami harapkan ada kepastian mengenai urusan persemadian selewat-lewatnya Isnin.
“Sejurus ada kepastian masa, satu sesi solat jenazah ghaib di Malaysia akan dijalankan di Masjid Putrajaya pada ketetapan waktu dan tarikh yang akan dimaklumkan,” katanya, hari ini.
View on Threads
Saiful sebelum ini memaklumkan jenazah Kapten AA akan disemadikan di Muscat, namun tarikh dan waktu pengebumian masih belum dipastikan kerana menunggu urusan dokumentasi kerajaan Oman.
Terdahulu, media melaporkan Akhmal meninggal dunia selepas kritikal akibat jangkitan paru-paru ketika menjalani penggambaran program Kembara Wahyu 2027 di Oman.
Menurut laporan berkenaan, Allahyarham pada mulanya menerima rawatan di Hospital Nizwa, Nizwa, sebelum dipindahkan ke Hospital Badr Al Samaa Royal di Muscat untuk rawatan lanjut.
Akhmal kemudian ditidurkan dan menjalani prosedur intubasi selepas mengalami kesukaran bernafas.
Allahyarham berada di Oman bersama pasukan produksi bagi menjayakan rakaman program yang dijadualkan berlangsung selama 14 hari dan dilaporkan sudah memasuki hari keenam penggambaran.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 6.58 petang waktu Oman (10.58 malam waktu Malaysia) 27 November lalu.
Lagi berita berkaitan:
© New Straits Times Press (M) Bhd