Virgoun Syukur Anak Selamat Dilahirkan Selepas 3 Bulan Bernikah

Virgoun Syukur Anak Selamat Dilahirkan Selepas 3 Bulan Bernikah

Oh! Artis

Virgoun tampil bersuara selepas netizen dakwa isterinya sudah hamil sebelum mereka berkahwin.


Penyanyi Indonesia, Virgoun akhirnya tampil bersuara selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai kelahiran cahaya mata pertamanya bersama isteri, Lindi Fitriyana. Isu itu mula hangat diperkatakan netizen apabila bayi mereka dilahirkan hanya tiga bulan selepas pasangan itu berkahwin.

Disebabkan perkara itu, ramai mula membuat andaian kononnya Lindi sudah hamil sebelum mereka sah bergelar suami isteri. Virgoun bagaimanapun memilih untuk tidak melatah dan mengakui dia sedia bertanggungjawab atas segala tindakannya.

Virgoun pilih diam dan terima kecaman

Kredit Foto Virgoun

Menerusi Instastory dimuat naik pada Jumaat, Virgoun berkata dia tidak mahu lari daripada tanggungjawab walaupun dihujani pelbagai kecaman daripada netizen.

Ada satu perkara buat saya berpegang teguh, walau seburuk mana pun sikap saya, saya seorang bertanggungjawab atas segala tindakan dibuat. Bila saya salah, saya pilih untuk diam.

Saya terima semua kecaman dan tidak berlakon sebagai mangsa. Kebaikan tak semestinya perlu didedahkan dan kejahatan seharusnya diperbaiki. Maka sembunyikanlah ia (kejahatan).- Katanya.

Dakwa netizen terlalu menghakimi

Kredit Foto Virgoun

Dalam masa sama, Virgoun turut meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir netizen yang terlalu cepat menghakimi kehidupan peribadinya. Menurut penyanyi lagu Cinta Untuk Starla itu, dia tidak pernah cuba menunjukkan dirinya sebagai seorang artis yang sempurna atau terlalu baik di mata masyarakat.

Sebuah mesej daripada seorang ‘bajingan’ (penjahat) untuk orang-orang baik, jijik dan terlalu naif lihat kehidupan saya. Saya tidak pernah cuba untuk jadi artis yang bermoral dan berkelas.

Saya seorang penyanyi rock. Saya cuma seorang lelaki yang nakal sejak remaja. Kebetulan saja ada bakat dalam muzik dan menulis lagu.- Ujarnya.

Spekulasi mula timbul selepas foto tular

Kredit Foto Virgoun

Sebelum ini, Virgoun berkongsi berita gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Khamis.

Untuk rekod, Virgoun dan Lindi mendirikan rumah tangga pada 27 Februari lalu. Namun, spekulasi mula tercetus selepas tular foto dipercayai memaparkan Lindi sedang sarat mengandung ketika berada di sebuah pusat perubatan.

Kredit Foto Virgoun

Pssttt! Kadang-kadang netizen terlalu cepat menghukum tanpa tahu cerita sebenar. Apa pun yang berlaku, biarlah ia jadi urusan individu itu sendiri dan kita doakan sahaja yang baik-baik untuk rumah tangga orang lain korang.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top