Trending
Isteri hamil tujuh bulan dan anak melecur selepas kemalangan libat peserta RXZ Members 8.0.
Tular di media sosial kemalangan membabitkan dua buah motosikal iaitu Honda Beat dan Yamaha RXZ. Kemalangan dipercayai berlaku di Simpang Empat, Kampung Buluh Gading, Kuala Nerus Terengganu.
Siasatan awal mendapati ketika berada di lorong kiri, motosikal ditunggang peserta RXZ Members 8.0 dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan.
Ibu hamil dan anak sulung melecur
Motor itu menggelongsor ke hadapan lalu merempuh Honda Beat yang ditunggangi seorang wanita hamil dan anaknya.
@beritartm KUALA TERENGGANU – Tiga individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas dua motosikal terbabit dalam kemalangan berhampiran Simpang Empat, Kampung Buluh Gading, kira-kira pukul 11.50 pagi tadi. Penerbit/suara latar: Diyana Elmin Sumber visual: Threads @Sharifah Che Pa Layari laman portal berita.rtm.gov.my untuk berita selanjutnya atau ikuti laporan berita penuh di semua platform siaran televisyen dan radio RTM. Dapatkan berita terkini di Channel WhatsApp Berita RTM! Follow kami di https://whatsapp.com/channel/0029VavQxy21t90TQpwl281t ‘Yang sahih di RTM’ RTM BeritaRTM MalaysiaMadani TaatSetia BersamaMALAYSIAKU RancakkanMADANI MADANIBekerja
Kemalangan menyebabkan kedua-dua motosikal terbakar dan mangsa iaitu ibu hamil mengalami luka melecur di kedua-dua belah tangan. Manakala anaknya luka melecur di seluruh badan.
Suami serah siasatan kepada polis
Harian Metro melaporkan suami kepada mangsa Talhah Mahmud menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
Talhah berkata, dia reda dan tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak berhubung kejadian berkenaan.
Saya difahamkan anak sulung melecur 60 peratus dari pinggang hingga ke bawah selepas kemalangan itu. Saya berdoa agar kandungan isteri tidak terjejas akibat kejadian itu selain anak sulungnya juga segera pulih.
Namun sebagai seorang suami dan ayah, Talhah mengakui dirinya tidak kuat untuk menonton video tular yang memaparkan detik isteri dan anaknya terbabit dalam kemalangan tersebut.

Di TikTok, adik mangsa tampil mendedahkan keadaan kakaknya yang cedera, manakala anaknya dilaporkan telah ditidurkan. Sebagai ahli keluarga, dia berharap pelaku tampil bertanggungjawab di mana kakaknya kini telah hilang pendapatan.
Katanya, motosikal terbakar adalah satu-satunya kenderaan yang digunakan untuk mencari rezeki. Kakaknya membuat kuih dan menghantar ke kedai-kedai menggunakan motor tersebut.
Suaminya juga baru terlibat kemalangan dan tidak sembuh sepenuhnya menyebabkan sukar untuk bekerja.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




