Masih ingat kamera filem sekali guna QuickSnap? Meskipun sudah empat dekad, kamera ikonik FUJIFILM itu masih kekal dalam dunia fotografi dan kini meraikan ulang tahunnya yang ke-40.
Bersempena sambutan itu, FUJIFILM bekerjasama dengan atmos menerusi “Street in Focus” yang berlangsung di atmos Mid Valley Megamall bermula 5 hingga 25 Oktober.

Kerjasama itu menyatukan fotografi yang menjadi identiti FUJIFILM dengan budaya streetwear dan sneaker yang cukup dekat dengan atmos, sekali gus memberi nafas berbeza kepada sambutan ulang tahun QuickSnap kali ini.
Sepanjang acara berlangsung, pengunjung boleh melihat pameran “Capture Your City: Kuala Lumpur Edition” yang menampilkan hasil karya lebih 50 peserta daripada pelbagai latar belakang.
Karya-karya berkenaan memaparkan Kuala Lumpur daripada perspektif setiap peserta, selain koleksi edisi terhad FUJIFILM X atmos yang turut dipamerkan sempena ulang tahun ke-40 QuickSnap.

Bagi peminat kamera filem, FUJIFILM turut mempunyai dua model QuickSnap yang dilancarkan di Malaysia pada 15 September lalu iaitu QuickSnap Black and White dan QuickSnap Active.
QuickSnap Black and White menghasilkan gambar hitam putih dengan penekanan pada kontras dan tekstur, selain mudah digunakan tanpa memerlukan tetapan rumit.
QuickSnap Active pula kalis air sehingga kedalaman 10 meter dan boleh digunakan untuk aktiviti seperti di pantai, kolam renang atau ketika mengembara.
Kedua-duanya dijual pada harga RM118 setiap satu.
Selain QuickSnap, perhatian turut diberikan kepada instax Pal 2, kamera kompak berharga RM648 yang hadir dengan 30 kesan kreatif terbina.

Kamera itu dilengkapi ‘viewfinder’ dan tuil gaya analog untuk memilih bingkai, selain menawarkan format instax Mini, SQUARE, WIDE dan Tanpa Bingkai.
Foto yang dirakam boleh dicetak menggunakan pencetak instax Link, manakala fungsi instax Animation membolehkan beberapa rakaman pantas digabungkan menjadi klip pendek berkonsepkan ‘flipbook’ untuk dikongsi secara digital.
Pengunjung yang hadir ke “Street in Focus” juga boleh mencuba sendiri instax Pal 2 sepanjang acara berlangsung.
Pra-pesanan bagi kamera itu bermula 5 Oktober melalui pengedar sah FUJIFILM Malaysia termasuk secara dalam talian dan outlet terpilih, dengan kantung kamera eksklusif instax x atmos diberikan selagi stok masih ada.


Satu lagi produk baharu ialah instax Link WIDE 2 yang membolehkan gambar daripada telefon pintar dicetak dalam format WIDE.
Pencetak berkenaan dilengkapi Photo Mixer yang membolehkan sehingga enam foto digabungkan dalam satu cetakan dengan susun atur gaya poskad.
Pengguna juga boleh mengubah susun atur yang dijana secara automatik sehingga lima kali sebelum gambar dicetak.


instax Link WIDE 2 mula dijual di Malaysia pada 29 September lalu pada harga RM748 bersama satu pek filem WIDE 10 keping.
Pembeli awal turut menerima satu pek tambahan filem WIDE 10 keping secara percuma selagi stok masih ada.
Jadi, buat peminat kamera filem atau mahu melihat sendiri bagaimana fot
ografi analog dibawa bersama teknologi baharu dan budaya streetwear, jom ke “Street in Focus” yang masih lagi berlangsung di atmos Mid Valley Megamall sehingga 25 Oktober ini!
Masih ada masa untuk ajak geng kaki kamera dan streetwear singgah, lihat sendiri karya lebih 50 peserta, cuba instax Pal 2 dan raikan 40 tahun QuickSnap.




