LATEST

24 ADUN BN-PN Negeri Sembilan sepakat patuhi arahan pimpinan

24 ADUN BN-PN Negeri Sembilan sepakat patuhi arahan pimpinan

SEREMBAN: Seramai 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan malam ini mencapai kata sepakat untuk akur dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan dalam penyelesaian kemelut politik di negeri ini.

Kata sepakat itu dicapai dalam satu pertemuan lebih dua jam mulai pukul 9 malam melibatkan 22 ADUN tersebut di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini malam tadi.

Baca juga: Kerja kelab malam tanpa pas sah, 3 warga asing didenda RM5,000 hingga RM10,000

Bagaimanapun, ADUN Juasseh, Datuk Ismail Lasim yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan tidak hadir pada pertemuan berkenaan.

Dua lagi ADUN iaitu Sikamat, Datuk Razali Abu Samah dan Serting, Mohd. Fairuz Mohd. Isa tidak hadir kerana berada di luar negara.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Razali dan Mohd. Fairuz telah menyatakan sokongan penuh atas apa jua keputusan mesyuarat.

“Dalam perjumpaan khas ini, kesemua ADUN telah mencapai kata sepakat untuk akur dan patuh atas apa jua arahan pucuk pimpinan dan ketetapan parti termasuk ADUN daripada Perikatan Nasional.

“Ini bagi memastikan segala kemelut politik yang sedang melanda dapat diselesaikan segera demi kestabilan dan kemakmuran rakyat Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam ini.

Pertemuan itu dipercayai diadakan susulan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir terhadap Ismail untuk meneruskan tugas Menteri Besar Negeri Sembilan.

The post 24 ADUN BN-PN Negeri Sembilan sepakat patuhi arahan pimpinan appeared first on Utusan Malaysia.

Latest news