LATEST

Enam wakil SSMT mara

Enam wakil SSMT mara

am@hmetro.com.my

Baca juga: Pelabur Jepun muktamad modal awal RM4 bilion bangun Kampus AI di Sarawak

Kuala Nerus: Pasukan SSMT mengungguli pusingan 32 kalah mati apabila enam wakil mereka berjaya lolos di kejohanan Liga Takraw Nasional Mekdi Zon Timur 2026.

Empat wakil pasukan Titibolt Spikers juga mara ke pusingan berkenaan, dengan perlawanan awal membabitkan SSMT D akan bertemu KESUPER dan SSBJ B menentang New Impact A.

Bagi aksi seterusnya pasukan SEPAKA Jr A akan bertemu Young Turtles A manakala Titibolt Spikers D pula menentang SSMT G, dan SSMT EC SMURF akan bertemu SEPAKA Jr B.

Perlawanan berikutnya SSMT E akan berdepan New Impact 29 D, manakala Alfa Cafe Z menentang SSNTBN B dan Young Turtles B bertemu SSBJ A.

Dalam saingan berikutnya Titibolt Spikers F akan bertemu SEPAKA C dan SSMT EC SMURF B pula bertemu KOMTPAB.

SSTMI D pula berdepan Jelutong Pantai A dan New Impact 29 C akan beraksi menentang Seberang Takir B.

Pasukan MSP B pula berdepan Titibolt Spikers E manakala Titibolt Spikers B menentang SSNTBN A dan SSTMI E berentap dengan Pasta A dan SSMT H pula menentang SSTMI E.

Dengan format kalah mati, setiap pasukan perlu memberikan aksi terbaik kerana kekalahan akan menyaksikan mereka tersingkir daripada perebutan memburu ke slot 16 terbaik yang berlangsung esok di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news